BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

    (1) Lambang Persatuan Pedagangan Industri Sarang burung Negeri Johor, Malaysia.

    Lambang



    Reka bentuk:

    Lambang Persatuan ini berbentuk seekor burung walet terbang di atas dua bentuk sarang. Latar belakangnya adalah lakaran Negeri Johor. Nama negeri Johor dicatit atas Malaysia. Kedua-dua sarang itu berwarna biru dan merah.

    Keterangan:

    a) Burung walet bermaksud ahli-ahli persatuan adalah terlibat dalam aktiviti pembiakan burung walet, berdagang sarang burung walet, serta menjalankan proses pembersihan sarang. Hitam adalah warna asal burung.

    b) Dua bentuk bulan sabit merupakan bentuk sarang walet. Warna biru merupakan perpaduan antara ahli-ahli terhadap hal-ehwal aktiviti pembiakan burung dan warna merah mewakili keberanian ahli-ahli menggunakan teknologi moden untuk menceburi industri ini. Warna kuning merupakan nilai-nilai murni industri.